Wednesday, June 6, 2012

dia bukan anak mangsa perang...

bismillahirrahmanirrahim...
.
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
.
.
.
sekarang ni tengah baca novel di ufuk fajar
.
masa beli novel ni, tak tahu pulak sebenarnya novel ni himpunan cerpen2 pendek (padahal terang2 tulis 'kumpulan cerpen', aisehhh)
.
tapi, tak kisah la...okay whatt~
.
salah satu cerpen yang meruntun jiwa aku - 'dia bukan anak mangsa perang'
.
.
.
 . 
ringkasan
.
Dia bukan anak mangsa perang 
Di daerah Raihan, wangian syurga.

"Kamu bawa siapa?" Suara Mulan semakin keras. Dia berdiri di hadapan Tun Fatimah, memaksanya berhenti melangkah.

"Anak lara dunia." Tun Fatimah berdiri lurus. Dia menundukkan pandangan.

"Nanti, biar aku periksa dahulu." Mulan berbaju dan berwajah besi bertempik kuat. Menampakkan dia ada kuasa mutlak di situ.

"Mana darahnya?" Joan Of Arc benar-benar mahu tahu. Matanya liar memeriksa tubuh kaku berdarah dan berbau hanyir itu.

"Lihat baju kurungnya, tidak ada setitik pun darah." Bulu kening Mulan bertaut rapat. Dahinya berlapis-lapis.

"Periksa kain sarungnya!" Joan Of Arc mengeluarkan kata perintah dengan garang.

Pantas Mulan singkap kain sarung Nurain. "Lendir uri?" Mata sepetnya terbonjol keluar. Jantungnya berhenti berdenyut. Tidak percaya apa yang dilihatnya. " Air tetuban?" 

"Kamu bawa siapa, Tun Fatimah? Tetamu yang tidak berdarah ini? Dia tidak layak disemadikan di sini." Suara Joan Of Arc semakin keras. Mukanya masih garang.

  
Suara Tun Fatimah mendayu, menceritakan lara Nurain, satu per satu :
Ketika dia berlari degan perutnya yang buncit dan mengah-mengah di anak tangga terakhir, dia baru selesai rebus ubi dan menggoreng ikan sepat dan keli, untuk emak, untuk bapa dan untuk adik-adik.
Tangan kanannya pegang muqaddam yang dipinjam daripada Siti Aishah, bagi menghafal surah. Matahari duha masih hangat ketika dia mula membaca ; Waddhuha, wallaili iza saja.

Setiap petang, Siti Aisyah akan memberitahunya apa sahaja yang dipelajarinya di sekolah, di bawah pokok asam kundang, di atas bongkahan batu-batu, di tepi sungai.

Dia mahu jadi pandai seperti Siti Aisyah.

Kesakitan yang amat sangat itu datang lagi. Dia jatuh berguling-guling. Tiba-tiba dia ada lendir darah mengalir dari celah pangkal pehanya.

Dia terpinga. Tangannya terketar-ketar meraba-raba perut. Dia tidak tahu mengapa perutnya semakin membesar dan kadang-kadang ada benda yang bergerak dan menendang. 

Dia mula terfikir, agaknya perutnya banyak angin kerana banyak sangat makan ubi.
Sakit yang amat sangat datang lagi. Semakin kerap dan semakin kuat. Dia tidak mampu lagi duduk. Dia jatuh berguling. Hujung kakinya mula dibasahi darah.

"Emak tentu marah apabila kaki luka dan berdarah. Tetapi di mana lukanya? Mengapa berdarah?" Pantas dikesat darah dengan hujung kain sarung; kakinya kering dan basah semula.

Dan ketika dia mengesat air mata, emak pun tiba. Emak terkaku. Emak meraung sekuat hati.

 
"Apa yang sudah kau buat ini, Nurain?" Di mata Emak - ada naga yang - menyembur api.
"Anak jahanam, apa yang sudah kau buat?"

"Emak, tolong saya...emak!" Sakit diperutnya datang lagi, pautan di kaki emak terlepas. Dia berguling-guling ke tanah.

"Ini balasan kau kepada emak, Nurain," Emak meraung dan terduduk. Hati Emak luluh.

Tiba-tiba emak naik berang.

Emak pantas bangun, capai mayang tandang kelapa dan terus membelasah tubuh kecil Nurain, berkali-kali, sekuat-kuat hati.

"Emak, tolong saya...emak. Saya sa... sakit, emak. Saya...saya..." Di hujung-hujung nafas, dia tercungap denga hati pedih. "Emak... us.. ustazah... Aisyah... Allah... Allah, to... tolonglah saya. To..tolong saya. To... tolonglah saya, Allah!" 

Matanya tertutup dan lendir darah di dalam sarungnya makin banyak keluar. Akhirnya segelembung tembuni perlahan-lahan tergolek ke bumi. 

Dalam tembuni - emak terkuis sekujur bayi yang sudah kehilangan nyawa. Dan, raung emak tidak terbelah langit derita.

Dalam suara getir itu, dengan payah dia terimbas peristiwa semalam. Dan semalam. Dan semalam. Dan semalamnya lagi.


Mengertilah dia kini, serakah bapa memberi semuanya; duka, sengsara dan lara sehingga kehujung nyawanya.

Dalam erangan yang terakhir; dia terkilas wajah bapa yang haiwan meratah hidup dia dan dua orang adiknya yang tidak tahu berbuat apa.

Tiba-tiba saat itu dia mahu bangun, jadi pembela. Sayangnya; dia tidak sempat menjadi dewasa.

Perlahan-lahan dadanya kehilangan ombak. Helai-helai muqaddam rapat di dada. Tangannya terkulai. 

Dia anak terdera yang tidak berdosa.


"Masih tidak sedarjatkah laranya bagi disemadikan di Dataran Lara Anak Dunia ini, Joan? Mulan?"

"Dia bukan anak mangsa perang," Joan of Arc berkata perlahan. Antara hiba, antara lara.

Tun Fatimah mendakap mayat Nurain yang masih hangat. "Ya, dia bukan anak mangsa perang, tetapi mangsa serakah bapanya yang haiwan."
"Persemadiannya di daerah sendiri. Lara dan azabnya tidak bertaraf dunia."

Joan of Arc dan mulan kehilangan kata-kata.

"Martabatnya layak disemadikan di perkuburan Baqi, Tun Fatimah." Lembut tangan Rabiatul Adawiyah menyentuh bahu Tun Fatimah. Mata Tun Fatimah bergenangan.

"Di Tanah Suci Madinah Al Munawarah, taman para wali, para anbia, para syuhada dan syahidah kecil, Nurain." Sejuk suara Rabiah terus memujuk.

Sebak Tun Fatimah jadi cair. Perlahan - lahan dipeluk jenazah kecil anak dua belas tahun itu. Seketika, dia terpegun; semerbak bau kasturi menyentuh rasanya.

Tun Fatimah terpandang kilatan air mata  Sufi Rahimahullah, karamallah, Rabiatul Adawiyah.

Yang berpanjangan bukan ingatan, tetapi amaln dan keyakinan pada kekuasaan Rabbulalamin.

Seperti teguh yakinnya jari - jari kecil Nurain terkaku menggenggam helai-helai muqaddam.

Angin kejora mengibarkan salam takzim.Muqaddam di tangan Nurain berbau raihan. 

Baunya semerbak, sehingga tubuh yang melekat darah bersalin dan air tetuban itu berbau wangian yang sukar hendak dijelaskan dengan kata-kata.

selamatkan SYRIA
.
.






 

 








 


6 di lubuk hati kamu:

atuk said... Reply To This Comment

Assalamualaikum Cik Marikh

tumpang baca kat sini ajer....
terima kasih

cik marikh said... Reply To This Comment

waalaikumsalam @atuk...
sila2, sila baca, jangan eja...
sama2.

! Arjunakirana ! said... Reply To This Comment

rajin atuk ye... huuhu... sama la tumpang baca jugak...

cik marikh said... Reply To This Comment

woooo, inchek @! Arjunakirana ! pon baca jugak?...gud2

syafiqa said... Reply To This Comment

beli mana beb
best ni klo layan.

cik marikh said... Reply To This Comment

@syafiqakarim : KLIBF 2012, pwtc...
tapi kalo berminat, kedai buku mana2 pon ada... =)

Post a Comment

dlm hati korang?